Cara Nak Pilih Supplier Dropship

Biasanya bila anda dah nekad nak buat dropship, masalah seterusnya yang akan anda alami adalah, macam mana nak cari supplier dropship.

Peratusan kejayaan bisnes dropship anda banyak bergantung pada siapa supplier dropship anda.

Supplier yang bagus akan meningkatkan lagi sales anda dan supplier yang tak berapa bagus pula akan menjadi salah satu daripada punca kegagalan bisnes dropship anda.

So, kali ni saya akan kongsikan dengan anda cara nak pilih supplier dropship.

Sebelum tu, saya nak ingatkan anda bahawa anda perlu pastikan membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat supplier yang memberikan servis yang terbaik.

Jangan ambil mudah pesanan saya ni ye?

MASA PENGHANTARAN

Dropship ni tak perlukan anda melakukan penghantaran sebab supplier yang akan lakukannya untuk anda.

BACA JUGA  Tugas Sebagai Agen Dropship

Jadi, anda perlu periksa dulu masa yang diambil oleh supplier tersebut untuk membuat penghantaran.

Bayangkan segala usaha sebagai seorang dropship telah anda lakukan dengan sebaiknya, tapi spoil kat bahagian penghantaran pula.

Supplier anda yang lambat hantar barang pada pelanggan. Anda tahu tak siapa yang akan kena marah dan menanggung feedback buruk?

Pelanggan tak salahkan supplier. Mereka akan salahkan anda.

BACKGROUND SUPPLIER

Cara termudah untuk anda dapatkan info mengenai background supplier adalah menerusi dropship yang lain. Ramai supplier yang cakap tak serupa bikin. Lain yang dijanji, lain yang kita dapat.

Anda perlu dapatkan feedback daripada seramai mungkin dropship untuk memastikan anda tidak tersilap dalam memilih supplier.

BACA JUGA  Income 4 Angka Dengan Dropship

Anda perlukan supplier yang serius dan komited dalam bisnes mereka. Anda juga perlukan supplier yang melayan semua orang bawahannya sama penting tanpa mengira anda ni stokis atau dropship.

POLISI SUPPLIER

Polisi yang berkaitan hal-hal seperti pemulangan, kerosakan dan penukaran produk perlu anda ambil tahu.

Bukan apa, kalau dari awal lagi anda tak ambil tahu perkara-perkara ini, risau di kemudian hari nanti anda akan terpaksa menanggung berbagai jenis risiko yang akan merugikan anda.

Tanya siap-siap jika berlaku masalah sekian-sekian, apakah tindakan daripada supplier. Mudah untuk anda buat keputusan dan tindakan jika masalah tersebut berlaku.

PLATFORM MENJUAL

Pemilihan platform untuk anda menjual pun penting juga sebab ia akan menentukan kejayaan bisnes dropship anda.

BACA JUGA  Dropship Dari Shopee

Saya suka cadangkan bagi anda yang baru nak mula dengan bisnes dropship ni untuk menjual di Shopee.

Shopee ni banyak sangat kelebihannya untuk dropship.

Apa kata kalau anda belek satu panduan ni yang memang confirm tak susah nak faham dan memang confirm menjadi. Anda boleh KLIK SINI.

Your Comment